Selamat Datang Ke Blog Skuad Sayang Terengganu , Blog ini akan memaparkan setiap kutukan dan hinaan yang diberikan oleh pihak luar terhadap negeri Terengganu selain itu kami akan memaparkan setiap kemajuan yang akan negeri Terengganu lakukan bagi menbuka mata pihak luar terhap negeri kami , dapatkan imfomasi negeri terengganu di sini ok

Ahad, 12 Jun 2011

Terengganu Nelang

pix_gal0
Terengganu julang Piala FA, muncul juara keseluruhan SUKMA XIV

SEMANGAT "Ganu Nelang" yang menjadi azimat Terengganu kini bertiup kencang di pantai Timur dengan kejayaan skuad bola sepak menjuarai Piala FA, malam kelmarin menjadi intipati tambahan kepada episod manis sukan negeri berkenaan.
Malam tadi, Terengganu mencipta satu lagi kemasyhuran apabila muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2011 dan pemerhati sudah menyoal apakah kuasa sukan negara sudah beralih angin ke markas baru.


Apa yang penting di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah cerita kebangkitan pemain skuad Penyu pimpinan Irfan Bakti Abu Salim yang tidak mengenal erti kalah sebelum menewaskan Kelantan 2-1 di final buat mengulangi kejayaan 2000.

Nelang adalah singkatan kepada perkataan handalan yang bermaksud jaguh atau hebat. Seseorang yang sukar dikalahkan juga dipanggil nelang dan kebangkitan skuad Terengganu selepas ketinggalan 0-1 sekadar memberi gambaran paling tepat buat menghuraikan maksud perkataan ini.

Irfan berkata, anak buahnya pernah ketinggalan dua gol di belakang Pahang sebelum bangkit untuk kemenangan 3-2 dan ternyata pengalaman itu menjadi bekalan berguna pada perlawanan akhir Piala FA kelmarin. “Saya sering beritahu pemain, selagi wisel penamat belum dibunyikan, permainan belum berakhir,” kata Irfan yang pernah dikecewakan Terengganu pada final 2000 ketika dia mengendali Pulau Pinang. 

“Saya mahu mereka bekerja keras supaya permainan tidak ditentukan menerusi sepakan penalti. Ternyata semangat mereka cukup tinggi dan terlalu inginkan kejayaan ini selepas ditewaskan pasukan sama 3-0 pada aksi Liga Super lalu. Sepatutnya pada perlawanan itu juga kami mampu menang, tetapi beberapa pemain kami tidak berada pada tahap kecergasan terbaik.” 

Terengganu berpesta

KAPTEN Mazuki Yusof (kiri) serta pegawai dan pemain skuad Terengganu menaiki kereta pacuan empat roda sambil membawa Piala FA ketika diraikan oleh ribuan penyokong Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu semalam.

Bagai mati hidup semula

Foto
Perjalanan Terengganu ketika juarai Piala FA buat kali kedua

BAGAI mati hidup semula. Itulah perjalanan Terengganu ketika menjuarai Piala FA buat kali kedua malam tadi selepas menewaskan Kelantan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Ketika Kelantan hampir membawa pulang Piala FA ke Kota Bharu buat pertama kali sejak kejohanan diperkenalkan pada 1990 apabila mendahului 1-0 hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-80, Terengganu mengheret perlawanan ke masa tambahan hasil tandukan ke gawang sendiri Daudsu Jamaluddin.

Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias meledak gol kemenangan pada babak kedua masa tambahan untuk mengecewakan Kelantan buat sekian kalinya dalam saingan Piala FA yang mula diperkenal pada 1990.

“Kemenangan ini amat besar buat Terengganu yang sejak 10 tahun lalu, tidak memenangi sebarang kejuaraan besar,” kata pengendali Irfan Bakti Abu Salim selepas perlawanan malam tadi.

“Kejayaan ini hasil kerja keras pemain yang menurut arahan supaya kekal fokus sehingga wisel penamat. Hasilnya kami dapat menyamakan kedudukan pada minit terakhir masa kecederaan.”

Kapten Terengganu, Marzuki Yusuf dinobat Pemain Terbaik dan Irfan serta anak buahnya bakal terbang ke London sebagai ganjaran kejayaan seperti dijanjikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. 

Dramatik



PASUKAN Terengganu gembira selepas menumpaskan Kelantan 2-1 pada masa tambahan  dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Osman Adnan
PASUKAN Terengganu gembira selepas menumpaskan Kelantan 2-1 pada masa tambahan dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Osman Adnan

Pelajar Besut terpilih ke Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa Doha

BESUT: Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dari daerah ini berjaya mewakili negara ke Pusingan Akhir Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar akhir bulan ini. 

Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi adalah pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Jerteh akan ditemani bapanya, Nurunnajmi Yaacob, 40 seorang guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Seri Payong, Hulu Besut ke Doha nanti.
Tilawah Al-Quran itu dianjur oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran TV, Al-Jazeera.


Pemilihan Nurussyahamah Taqiah itu adalah satu sejarah selepas lulus dua ujian saringan yang diadakan oleh kerajaan Qatar sebelum ini. 

Ketika ditemui di rumahnya hari ini, Nurunnajmi berkata, anak kedua daripada empat beradik itu terpilih setelah beliau menjalani saringan pertama pada Februari lalu bersama 49 kanak-kanak dari seluruh negara dan tiga termasuk Nurussyahamah melepasi ujian berkenaan. 

"Ujian kedua diadakan pada April lalu dan dipilih mewakili negara bersama 63 kanak-kanak lain dari seluruh dunia ke pertandingan yang dijangka diadakan akhir bulan ini sebelum tiga daripadanya pula menyertai peringkat akhir dalam bulan Ramadan nanti," katanya. 

Katanya, sebelum itu kerajaan Qatar telah melakukan penyaringan kepada lebih 4,000 kanak-kanak dari seluruh dunia termasuk di Malaysia. 
Menurutnya, Nurussyahamah meminati Al-Quran sejak kecil dan telah mula membaca sejak berumur empat tahun. 

Nurussyahamah pernah menjadi johan tilawah Al-Quran J-Qaf peringkat negeri pada tahun 2007 dan 2008 serta tiga kali mewakili negeri Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan sekolah-sekolah Malaysia. - BERNAMA 

Video : Sekitar Perlawanan Akhir Piala FA antara Terengganu Vs Kelantan





'Terima kasih Daudsu'



‘TERIMA kasih Daudsu Jamaluddin’. 
Gara-gara tertanduk bola ke gawang sendiri, Daudsu membuka jalan kepada Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah menewaskan Kelantan 2-1 pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlarutan hingga ke masa tambahan malam tadi.
Ketika Kelantan sudah berada di ambang kemenangan hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-78, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan ketika masa kecederaan berbaki lima saat menerusi gol sendiri Daudsu.
Dengan perlawanan dijangka sekali lagi akan berlarutan ke penentuan sepakan penalti buat tahun ketiga berturut-turut, pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-108.

Ahad, 5 Jun 2011

Penentuan juara liga

DEBARAN bagi penentuan kejuaraan Liga Super semakin menuju ke kemuncaknya dengan pertembungan dua pasu- kan teratas, Terengganu dan Kelantan malam ini.
Aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu juga diibaratkan sebagai perlawanan ‘prafinal’ Piala FA yang bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini.
Namun bagi Terengganu, pertembungan malam ini begitu penting dalam misi membuka peluang mereka untuk muncul juara berganda musim ini.
Jurulatihnya, Irfan Bakti mengakui, hanya kemenangan ke atas Kelantan dapat merealisasikan impian skuad Penyu itu untuk muncul juara Liga Super buat kali pertama.
“Kalau kami mahu menjulang piala Liga Super, kami perlu memenangi perlawanan malam esok (malam ini).
“Selain itu, kemenangan juga akan memberi semangat tambahan kepada kami menjelang aksi final Piala FA,” kata Irfan kepada Kosmo! semalam.
Sebagai percaturan, Irfan me jelaskan, tumpuan perlawanan malam ini pastinya terarah kepada kelibat penyerang pasukannya, Abdul Hadi Yahya.
“Saya lebih suka melihat Terengganu sebagai satu pasukan tetapi tidak dinafikan sumbangan yang telah diberikan oleh Abdul Hadi.
“Dia adalah penjaring terbanyak liga setakat ini dan sudah pasti kehadirannya begitu diperlukan pasukan dalam usaha membolosi gawang Kelantan,” jelasnya.
Kelibat Abdul Hadi pada perlawanan ini merupakan penampilan sulung selepas kembali dari aksi antarabangsa.
Pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, Jumaat lalu, Abdul Hadi yang pertama kali menyarung jersi Malaysia, berjaya menjaringkan gol tunggal untuk keputu- san seri 1-1.
“Kita harap dengan kehadiran Abdul Hadi dan beberapa lagi pemain kebangsaan lain, ia akan memberi kelebihan tambahan kepada kami,” ujar Irfan.
Sementara itu, bintang tengah Terengganu, Joseph Kalang Tie mengakui, pertemuan menentang Kelantan adalah pertembungan hidup mati.
“Ini adalah perlawanan penting bagi Terengganu dan sudah pasti pemain kedua-dua pasukan cukup tertekan.
“Bagaimanapun, kami akan beraksi di gelanggang sendiri dan harap sokongan peminat akan memberi keyakinan kepada kami untuk melakar kemenangan,” jelas pemain kela- hiran Sarawak itu.

Khamis, 26 Mei 2011

Statement yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh Tan Sri Annuar musa

Tan Sri Annuar Musa
Assalamualaikum W . R .T 
selamat pagi semasa artikel ini ditulis 
admin baru jer lepas baca 
satu statement yang dikeluarkan oleh 
Presiden Kafa dan Naib Presiden FAM 

Tan Sri Annuar Musa 
di dalam Halaman FBnya 

Selasa, 24 Mei 2011

Terengganu Terus Maju

Paya Bunga Square 19 tingkat ini menawarkan sebuah podium perniagaan, sebuah menara hotel, sebuah menara pejabat dan tempat letak kereta bertingkat. Terletak di atas tapak seluas 9,733 meter persegi (2.4 ekar).

Khamis, 12 Mei 2011

Page Anti Melayu Telah diwujud

Melayu Memang BABI

Assalamualikum semua pengikut
Blog Skuad Sayang Terengganu
salam nie admin nak siarkan satu berita Tergempar 
iaitu 1 Page FB 
Anti Orang melayu telah diwujudkan oleh mereka yang 
mereka yang tidak bertanggungjawab dalam 
memecah-belahkan Rakyat Malaysia 

Ahad, 8 Mei 2011

Pendedahan Eksklusif Paparan mengenai Ammar Azizan

Assalamualaikun dan salam sejahtera 
malam nie admin ingin menbuat sedikit pendedahan
 secara Eksklusif  mengenai Ammar Azizan 
yang telah mengutuk dan menghina negeri Terengganu di Fb 
Terengganu FC dan Terengganu FA

Sabtu, 7 Mei 2011

Terengganu terus dihina lagi

Ammar Azizan


Assalamualaikum semua 
kepada org2 Terengganu semua 
satu lagi berita buruk telah admin terima
iaitu ia dihantar oleh seseorang admin page 
di page FB 
adin ucapkan ribuan terima kasih ke admin group tersebut
 kerana sudi berkongsi Berita ngan admin ok 

Selasa, 26 April 2011

Aksi Zhariff pukau penduduk Marang


TANPA kedua-dua belah tangan, siapa sangka Muhammad Zhariff Affandi (gambar) mampu berenang sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke Pantai Peranginan Kelulut, Marang, Terengganu.
Zhariff, 29, yang beradu kekuatan bersama 264 lagi peserta pada Kejohanan Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang 2011 semalam mengambil masa 2 jam 46 minit dan 47 saat untuk sampai ke garisan penamat.
Aksinya cukup menarik perhatian penonton yang hadir kerana rata-rata mereka menyifatkan renangan peserta istimewa itu seperti ikan lumba-lumba kerana dia banyak menggunakan pergerakan kepala, badan dan kaki.
"Pertama kali menyertai pertandingan seumpama ini, cukup memberi cabaran kepada saya. Ombak di sini tidak menjadi masalah besar, cuma saya agak panik setelah beberapa kali disengat obor-obor.
"Memang dari awal lagi, orang lain melihat saya tidak akan berjaya kerana dua kali bot pengawal keselamatan menghampiri saya supaya tarik diri kerana mereka lihat saya sudah letih,
"Bagaimanapun, saya tetap meneruskan renangan sehingga akhirnya sampai ke garisan penamat," jelas Zhariff yang juga Ketua Pengawai Eksekutif The Zhariff Initiative Sdn. Bhd.
Walaupun keadaan fizikalnya tidak normal sejak lahir, lulusan bidang Psikologi Perkembangan dari Universiti Griffith, Australia itu sememangnya gemar aktiviti lasak seperti menunggang kuda dan mendaki gunung.
"Dengan melakukan aktiviti-aktiviti lasak, saya dapat menambahkan kekuatan dalam diri saya sendiri," katanya.

Terengganu terima penghinaan lagi


Assakamualaikum dan salam 1 malaysia 

sekejap tapi admin ada mendengar radio online 
iaitu milik Utara.fm iaitu radio milik orang sabah iaitu
 borneo utara  yang terletak dikota murudu 

yang mana ramai pelawat dalam ruangan chatroom
 tersebut telah menghalau admin keluar dan diaorang telah menghemburkan admin dengan kata2 kesat
maybe admin tak faham sangatlah bahasa sabahan ini kan  dan 
dan ada kawan admin kena ban lah kerana mungkin diaorang 
mengatakan yang kami org terengganu ini menprovok diatas kekalahan sang badak koz masa tu admin nick name fb admin ganu boyzs sebab tu lah kot 

Isnin, 25 April 2011

Puteri Katak hijau (Lahanat ) cuba menjatuhkan maruah rakyat negeri Terengganu

Puteri Katak Hijau
puas hati aku.....(aku benci orang kelantan n terengganu...)

puas hati aku dapat balas dendam pada orang kelantan....to lah ko pompuan buat lagi pada aku...ko x tahu lagi aku ni jenis mcm mn.....kan diri ko dh malu pada 1 dunia....orang kelantan n orang terengganu nie harap ajer kuat agama tapi semua to bertopeng aje.....sekarang hati aku dah puas tapi hanya 1 n 2 ajer aku x puas....pertama: aku nak lempang dia sekuat hati aku bila jumpa dia kedua: aku akn serang rmah famly dia n aku akn bercerita tentang keburukan ank dia yang bertopengkan agama dalam tudung....baru aku puas.......sekarang nie aku puas sebab kawan2 dia baru tahu tentang dia....hahahaaaaa.....padan muke ko pompuan sial.....

Perasmian Blog Skuad Sayang terengganu

Djmaafkan Saya

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarolatuh 

kepada org ganu , selaku penulis dan pemilik blog ini saya akan 
bahasakan diri saya dengan perkataan admin ok 

Blog ini dibina selepas kewujuddan satu page milik admin
iaitu 

Kami Sayang Terengganu dan Jangan Kutuk Negeri Kami