Selamat Datang Ke Blog Skuad Sayang Terengganu , Blog ini akan memaparkan setiap kutukan dan hinaan yang diberikan oleh pihak luar terhadap negeri Terengganu selain itu kami akan memaparkan setiap kemajuan yang akan negeri Terengganu lakukan bagi menbuka mata pihak luar terhap negeri kami , dapatkan imfomasi negeri terengganu di sini ok

Selasa, 26 April 2011

Aksi Zhariff pukau penduduk Marang


TANPA kedua-dua belah tangan, siapa sangka Muhammad Zhariff Affandi (gambar) mampu berenang sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke Pantai Peranginan Kelulut, Marang, Terengganu.
Zhariff, 29, yang beradu kekuatan bersama 264 lagi peserta pada Kejohanan Swimathon Antarabangsa Kapas-Marang 2011 semalam mengambil masa 2 jam 46 minit dan 47 saat untuk sampai ke garisan penamat.
Aksinya cukup menarik perhatian penonton yang hadir kerana rata-rata mereka menyifatkan renangan peserta istimewa itu seperti ikan lumba-lumba kerana dia banyak menggunakan pergerakan kepala, badan dan kaki.
"Pertama kali menyertai pertandingan seumpama ini, cukup memberi cabaran kepada saya. Ombak di sini tidak menjadi masalah besar, cuma saya agak panik setelah beberapa kali disengat obor-obor.
"Memang dari awal lagi, orang lain melihat saya tidak akan berjaya kerana dua kali bot pengawal keselamatan menghampiri saya supaya tarik diri kerana mereka lihat saya sudah letih,
"Bagaimanapun, saya tetap meneruskan renangan sehingga akhirnya sampai ke garisan penamat," jelas Zhariff yang juga Ketua Pengawai Eksekutif The Zhariff Initiative Sdn. Bhd.
Walaupun keadaan fizikalnya tidak normal sejak lahir, lulusan bidang Psikologi Perkembangan dari Universiti Griffith, Australia itu sememangnya gemar aktiviti lasak seperti menunggang kuda dan mendaki gunung.
"Dengan melakukan aktiviti-aktiviti lasak, saya dapat menambahkan kekuatan dalam diri saya sendiri," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan