Selamat Datang Ke Blog Skuad Sayang Terengganu , Blog ini akan memaparkan setiap kutukan dan hinaan yang diberikan oleh pihak luar terhadap negeri Terengganu selain itu kami akan memaparkan setiap kemajuan yang akan negeri Terengganu lakukan bagi menbuka mata pihak luar terhap negeri kami , dapatkan imfomasi negeri terengganu di sini ok

Ahad, 12 Jun 2011

Pelajar Besut terpilih ke Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa Doha

BESUT: Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dari daerah ini berjaya mewakili negara ke Pusingan Akhir Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar akhir bulan ini. 

Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi adalah pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Jerteh akan ditemani bapanya, Nurunnajmi Yaacob, 40 seorang guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Seri Payong, Hulu Besut ke Doha nanti.
Tilawah Al-Quran itu dianjur oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran TV, Al-Jazeera.


Pemilihan Nurussyahamah Taqiah itu adalah satu sejarah selepas lulus dua ujian saringan yang diadakan oleh kerajaan Qatar sebelum ini. 

Ketika ditemui di rumahnya hari ini, Nurunnajmi berkata, anak kedua daripada empat beradik itu terpilih setelah beliau menjalani saringan pertama pada Februari lalu bersama 49 kanak-kanak dari seluruh negara dan tiga termasuk Nurussyahamah melepasi ujian berkenaan. 

"Ujian kedua diadakan pada April lalu dan dipilih mewakili negara bersama 63 kanak-kanak lain dari seluruh dunia ke pertandingan yang dijangka diadakan akhir bulan ini sebelum tiga daripadanya pula menyertai peringkat akhir dalam bulan Ramadan nanti," katanya. 

Katanya, sebelum itu kerajaan Qatar telah melakukan penyaringan kepada lebih 4,000 kanak-kanak dari seluruh dunia termasuk di Malaysia. 
Menurutnya, Nurussyahamah meminati Al-Quran sejak kecil dan telah mula membaca sejak berumur empat tahun. 

Nurussyahamah pernah menjadi johan tilawah Al-Quran J-Qaf peringkat negeri pada tahun 2007 dan 2008 serta tiga kali mewakili negeri Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan sekolah-sekolah Malaysia. - BERNAMA 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan