Selamat Datang Ke Blog Skuad Sayang Terengganu , Blog ini akan memaparkan setiap kutukan dan hinaan yang diberikan oleh pihak luar terhadap negeri Terengganu selain itu kami akan memaparkan setiap kemajuan yang akan negeri Terengganu lakukan bagi menbuka mata pihak luar terhap negeri kami , dapatkan imfomasi negeri terengganu di sini ok

Ahad, 12 Jun 2011

Terengganu Nelang

pix_gal0
Terengganu julang Piala FA, muncul juara keseluruhan SUKMA XIV

SEMANGAT "Ganu Nelang" yang menjadi azimat Terengganu kini bertiup kencang di pantai Timur dengan kejayaan skuad bola sepak menjuarai Piala FA, malam kelmarin menjadi intipati tambahan kepada episod manis sukan negeri berkenaan.
Malam tadi, Terengganu mencipta satu lagi kemasyhuran apabila muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2011 dan pemerhati sudah menyoal apakah kuasa sukan negara sudah beralih angin ke markas baru.


Apa yang penting di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah cerita kebangkitan pemain skuad Penyu pimpinan Irfan Bakti Abu Salim yang tidak mengenal erti kalah sebelum menewaskan Kelantan 2-1 di final buat mengulangi kejayaan 2000.

Nelang adalah singkatan kepada perkataan handalan yang bermaksud jaguh atau hebat. Seseorang yang sukar dikalahkan juga dipanggil nelang dan kebangkitan skuad Terengganu selepas ketinggalan 0-1 sekadar memberi gambaran paling tepat buat menghuraikan maksud perkataan ini.

Irfan berkata, anak buahnya pernah ketinggalan dua gol di belakang Pahang sebelum bangkit untuk kemenangan 3-2 dan ternyata pengalaman itu menjadi bekalan berguna pada perlawanan akhir Piala FA kelmarin. “Saya sering beritahu pemain, selagi wisel penamat belum dibunyikan, permainan belum berakhir,” kata Irfan yang pernah dikecewakan Terengganu pada final 2000 ketika dia mengendali Pulau Pinang. 

“Saya mahu mereka bekerja keras supaya permainan tidak ditentukan menerusi sepakan penalti. Ternyata semangat mereka cukup tinggi dan terlalu inginkan kejayaan ini selepas ditewaskan pasukan sama 3-0 pada aksi Liga Super lalu. Sepatutnya pada perlawanan itu juga kami mampu menang, tetapi beberapa pemain kami tidak berada pada tahap kecergasan terbaik.” 

Terengganu berpesta

KAPTEN Mazuki Yusof (kiri) serta pegawai dan pemain skuad Terengganu menaiki kereta pacuan empat roda sambil membawa Piala FA ketika diraikan oleh ribuan penyokong Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu semalam.

Bagai mati hidup semula

Foto
Perjalanan Terengganu ketika juarai Piala FA buat kali kedua

BAGAI mati hidup semula. Itulah perjalanan Terengganu ketika menjuarai Piala FA buat kali kedua malam tadi selepas menewaskan Kelantan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Ketika Kelantan hampir membawa pulang Piala FA ke Kota Bharu buat pertama kali sejak kejohanan diperkenalkan pada 1990 apabila mendahului 1-0 hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-80, Terengganu mengheret perlawanan ke masa tambahan hasil tandukan ke gawang sendiri Daudsu Jamaluddin.

Pemain gantian, Ahmad Nordin Alias meledak gol kemenangan pada babak kedua masa tambahan untuk mengecewakan Kelantan buat sekian kalinya dalam saingan Piala FA yang mula diperkenal pada 1990.

“Kemenangan ini amat besar buat Terengganu yang sejak 10 tahun lalu, tidak memenangi sebarang kejuaraan besar,” kata pengendali Irfan Bakti Abu Salim selepas perlawanan malam tadi.

“Kejayaan ini hasil kerja keras pemain yang menurut arahan supaya kekal fokus sehingga wisel penamat. Hasilnya kami dapat menyamakan kedudukan pada minit terakhir masa kecederaan.”

Kapten Terengganu, Marzuki Yusuf dinobat Pemain Terbaik dan Irfan serta anak buahnya bakal terbang ke London sebagai ganjaran kejayaan seperti dijanjikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. 

Dramatik



PASUKAN Terengganu gembira selepas menumpaskan Kelantan 2-1 pada masa tambahan  dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Osman Adnan
PASUKAN Terengganu gembira selepas menumpaskan Kelantan 2-1 pada masa tambahan dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto Osman Adnan

Pelajar Besut terpilih ke Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa Doha

BESUT: Seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dari daerah ini berjaya mewakili negara ke Pusingan Akhir Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar akhir bulan ini. 

Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi adalah pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Jerteh akan ditemani bapanya, Nurunnajmi Yaacob, 40 seorang guru yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Seri Payong, Hulu Besut ke Doha nanti.
Tilawah Al-Quran itu dianjur oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran TV, Al-Jazeera.


Pemilihan Nurussyahamah Taqiah itu adalah satu sejarah selepas lulus dua ujian saringan yang diadakan oleh kerajaan Qatar sebelum ini. 

Ketika ditemui di rumahnya hari ini, Nurunnajmi berkata, anak kedua daripada empat beradik itu terpilih setelah beliau menjalani saringan pertama pada Februari lalu bersama 49 kanak-kanak dari seluruh negara dan tiga termasuk Nurussyahamah melepasi ujian berkenaan. 

"Ujian kedua diadakan pada April lalu dan dipilih mewakili negara bersama 63 kanak-kanak lain dari seluruh dunia ke pertandingan yang dijangka diadakan akhir bulan ini sebelum tiga daripadanya pula menyertai peringkat akhir dalam bulan Ramadan nanti," katanya. 

Katanya, sebelum itu kerajaan Qatar telah melakukan penyaringan kepada lebih 4,000 kanak-kanak dari seluruh dunia termasuk di Malaysia. 
Menurutnya, Nurussyahamah meminati Al-Quran sejak kecil dan telah mula membaca sejak berumur empat tahun. 

Nurussyahamah pernah menjadi johan tilawah Al-Quran J-Qaf peringkat negeri pada tahun 2007 dan 2008 serta tiga kali mewakili negeri Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan sekolah-sekolah Malaysia. - BERNAMA 

Video : Sekitar Perlawanan Akhir Piala FA antara Terengganu Vs Kelantan





'Terima kasih Daudsu'



‘TERIMA kasih Daudsu Jamaluddin’. 
Gara-gara tertanduk bola ke gawang sendiri, Daudsu membuka jalan kepada Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah menewaskan Kelantan 2-1 pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlarutan hingga ke masa tambahan malam tadi.
Ketika Kelantan sudah berada di ambang kemenangan hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-78, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan ketika masa kecederaan berbaki lima saat menerusi gol sendiri Daudsu.
Dengan perlawanan dijangka sekali lagi akan berlarutan ke penentuan sepakan penalti buat tahun ketiga berturut-turut, pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-108.