Selamat Datang Ke Blog Skuad Sayang Terengganu , Blog ini akan memaparkan setiap kutukan dan hinaan yang diberikan oleh pihak luar terhadap negeri Terengganu selain itu kami akan memaparkan setiap kemajuan yang akan negeri Terengganu lakukan bagi menbuka mata pihak luar terhap negeri kami , dapatkan imfomasi negeri terengganu di sini ok

Ahad, 12 Jun 2011

Terengganu berpesta

KAPTEN Mazuki Yusof (kiri) serta pegawai dan pemain skuad Terengganu menaiki kereta pacuan empat roda sambil membawa Piala FA ketika diraikan oleh ribuan penyokong Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu semalam.

SKUAD bola sepak Terengganu diraikan bagai wira oleh ribuan penyokong skuad Penyu itu sebaik sahaja mereka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu semalam.
Suasana di lapangan terbang tersebut mula gegak gempita seawal pukul 3 petang dengan paluan kompang serta rebana.
Tepat pukul 4 petang, kelibat jurulatih Irfan Bakti bersama barisan pemainnya mula kelihatan sebelum mereka disambut sorakan gemuruh daripada kira-kira 5,000 penyokong Terengganu.
Sejurus kemudian, kesemua pegawai, jurulatih dan pemain Terengganu dibawa menaiki kereta pacuan empat roda dan diarak bersama puluhan kenderaan menuju
ke Dataran Shah Bandar.
Kelmarin, Terengganu menjulang Piala FA buat kali kedua sejak 2000 selepas menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan